Redmi Note 15 Pro+ Mungkin Dilengkapi Dengan Sokongan Komunikasi Satelit
Amy Maizuraa
Redmi Note 15 Pro+ dilaporkan bakal menjadi peranti terawal dalam barisan telefon pintar Redmi yang menyokong komunikasi satelit khusus untuk penghantaran mesej teks melalui sistem Beidou.

Perkara ini mula mencuri perhatian selepas tularnya tangkap layar pensijilan MITT yang mengesahkan sokongan komunikasi satelit untuk versi khas peranti tersebut. Perkembangan ini dianggap sebagai langkah penting dalam memperluaskan akses komunikasi bagi pengguna di kawasan terpencil yang tidak mempunyai liputan rangkaian mudah alih.
Menariknya, sokongan mesej satelit ini tidak ditawarkan kepada siri Redmi K atau K Ultra yang lebih premium sebaliknya diperkenalkan menerusi model daripada siri Note. Pendekatan ini dilihat sebagai strategi Xiaomi untuk mengawal kos sambil menyasarkan pengguna yang sering berada di kawasan terpencil.

Teknologi komunikasi satelit membolehkan penghantaran dan penerimaan mesej tanpa bergantung kepada rangkaian mudah alih. Ia sekaligus boleh memberi manfaat besar kepada pengguna yang berada di lokasi seperti hutan, gunung dan lain-lain.
[sumber] gsmarena [/sumber]