Sony Menyaman Tencent Kerana Didakwa Meniru Permainan Horizon Zero Dawn
Effi Saharudin
Sony memfailkan saman ke atas Tencent keran permainan Light of Motiram yang sedang dibangunkan didakwa meniru permainan Horizon Zero Dawn dan Horizon Forbidden West. Dalam writ sama yang difailkan Sony, Light of Motiram mempunyai pelbagai persamaan dengan siri Horizons seperti manusia melawan haiwan robot dan pilihan reka huruf.
Sony berkata Tencent pernah melakukan pertemuan dengan mereka pada tahun 2024 ketika acara Game Developers Conference (GDC) bagi memohon lesen membangunkan permainan Horizon. Ini ditolak oleh Sony. Selepas treler Light of Motiram diperlihatkan oleh Tencent, Sony sekali lagi melakukan pertemuan untuk menyelesaikan isu pelanggaran harta intelek. Namun begitu Tencent sekali lagi meminta Sony membenarkan permainan dilancarkan menggunakan lesen Horizon.
Selepas treler Light of Motiran diterbitkan pada November tahun lalu, komen yang ditinggalkan penonton rata-rata mengatakan ia adalah klon kepada siri Horizon dengan turut meminjam elemen Monster Hunter yang diterbitkan Capcom. Pihak Tencent belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang difailkan oleh Sony.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.