Kerajaan Meneliti Mengharamkan Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Miliki Akaun Media Sosial
Effi Saharudin
Kementerian Komunikasi (KKOM)sedang meneliti untuk mengharamkan media sosial digunakan oleh kanak-kanak bawah 13 tahun. Menteri KKOM Datuk Fahmi Fadzil berkata modul literasi digital perlu diberi kepada pengguna berusia lebih 13 tahun supaya mereka memahami maklumat yang diperoleh secara atas talian.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini pelbagai perkhidmatan media sosial sedia tidak membenarkan mereka berumur 13 tahun daripada mendaftar akaun. Namun, masih ramai yang melanggar terma berkenaan, dan mendaftar akaun media sosial walaupun berumur dibawah 13 tahun.
Pada Mac lalu, Datuk Fahmi berkata penelitian mendalam perlu dilakukan mengenai kesan psikologi dan perbezaan akses maklumat di antara kanak-kanak dan remaja. Kerajaan menurut beliau, tidak merancang mengharamkan penggunaan media sosial kepada pengguna di bawah umur minima yang ditetapkan oleh pengendali platform.
Australia sudahpun mengharamkan penggunaan media sosial kepada pengguna bawah 16 tahun. Sementara itu UK, Denmark, Greece, Itali, Perancis dan Sepanyol menjadi enam negara pertama Eropah menguji pelan tindakan untuk aplikasi pengesahan umur sebelum sesebuah laman boleh diakses.
Ini adalah bagi memastikan bukan sahaja mereka tidak akan mengakses laman lucah atau perjudian, tetapi diharap dalam melindungi mereka daripada menjadi mangsa amang seksual menerusi laman media sosial.