Kemaskini Baharu GrabRewards Memberikan Lebih Banyak Cara Untuk Mendapatkan Ganjaran
Ikhwan Nazri
Kita semua sukakan ganjaran, lebih-lebih lagi ganjaran yang hadir apabila berbelanja.Pelbagai program mata ganjaran ini hadir dalam pelbagai bentuk, baik dari segi ganjaran kesetiaan, ganjaran perbelanjaan, atau ganjaran pembelian berkait masa tertentu. Jika anda pengguna Grab, anda mungkin biasa mendengar program ganjaran GrabRewards dan menariknya baru-baru ini ia telah dikemaskini dengan lebih cara bagi mendapatkan GrabRewards.

Jana Lebih GrabRewards Menerusi GrabFood
Dengan jadual bekerja yang sibuk, kadangkala kita mungkin tidak keluar makan, dan hanya menempah untuk dihantar ke pejabat, atau memesan makan malam untuk dihantar ke rumah. GrabFood yang sangat popular dikalangan pengguna tempatan turut menyediakan GrabRewards menerusi empat cara.
Cara 1 – Pesanan berkumpulan ‘Group Order’ Untuk 3% GrabRewads
Jika anda dan rakan sekerja kerap memesan GrabFood, ada baiknya anda menggunakan fungsi Group Order bagi memesan secara berkumpulan. Malah anda boleh berkongsi pautan tersebut dengan rakan sekerja, dan anda dapat 3% GrabRewards dari pesanan tersebut. Berebut GrabRewards dikalangan rakan sekerja ? Senang sahaja, ambil giliran untuk pesanan setiap hari, atau mungkin memesan sarapan atau minum petang dengan lebih GrabRewards.

Cara 2 – Pesan Sarapan dan Minum Petang Untuk 5% GrabRewards
Tak perlu berebut dengan rakan sekerja untuk pesanan berkumpulan, anda juga boleh memesan sarapan atau minum petang dan mendapatkan 5% GrabRewards. Jadi jika anda sangat sibuk bekerja sehingga terlupa makan tengahari, kudapan petang sebagai ganjaran diri turut memberikan GrabRewards yang boleh digunakan kemudian hari.
Cara 3 – Pesanan Grab Signatures Untuk 5% GrabRewards
Grab juga ada mengetengahkan hidangan-hidangan khas menerusi ’Grab Signatures’, dan sebarang pesanan ini akan melayakkan anda untuk mendapat 5% GrabRewards. Anda boleh memesan dari restoran berprestij seperti Kyochon, Oriental Kopi, Subway, Bungkus Kaw Kaw, Nando’s dan pelbagai lagi.
Cara 4 – Tempah GrabFood Menggunakan Akaun Grab For Business
Bagi pemilik syarikat, inilah masanya untuk mendapat pulangan perbelanjaan dalam bentuk GrabRewards. Jadi jika anda mengadakan majlis keraian, menyambut sesuatu secara besar-besaran, tempah sahaja GrabFood, dan anda akan mendapat 1X GrabRewards. Jadi secara tidak langsung anda akan senang berbelanja menerusi Grab.
Gunakan GrabPay atau Kad Debit GX

Selain dari pesanan makanan, jika anda pemilik kad debit GX dan kerap menggunakan GrabPay untuk transaksi fizikal, anda mempunyai tiga cara untuk melipatgandakan pulangan GrabRewards.
Cara 1 – Belian Barangan Runcit di JayaGrocer Untuk 1.5x GrabRewards
Sekiranya hari bekerja anda guna GrabFood, hari minggu adalah masa untuk membeli barangan rumah di JayaGrocer. Gunakan GrabPay atau Kad Debit GX bagi mendapatkan 1.5x GrabRewards. Jadi sekiranya anda berbelanja RM 100, anda boleh mendapatkan GrabRewards sebanyak 150.
Cara 2 – Tambah nilai GrabPay dengan menambat akaun GX Bank.
Jika anda lebih kerap melakukan pembayaran nirtunai menggunakan peranti anda, tambah sahaja akaun GrabPay anda dengan menambat akaun GX Bank kepadanya. Dengan setiap tambah nilai RM 3, anda akan mendapat 1x GrabRewards. Jadi anda boleh berbelanja di mana-mana kedai, tanpa perlu mengeluarkan kad dari dompet anda.
Cara 3 – Gunakan kad GX Bank untuk perkhidmatan Grab luar negara.
Jika anda kerap merantau ke luar negara, dan melancong ke negara yang menyokong perkhidmatan Grab, anda boleh berbelanja menggunakan kad GX anda dan mendapat 3X GrabRewards. Bergantung kepada nilai matawang, ini juga salah satu cara terpantas untuk menaiktaraf keahlian anda supaya mendapat lebih banyak manfaat untuknya.

PayLater By Grab Turut Memberikan Manfaat GrabRewards
Dan tidak dilupakan, bagi anda yang kerap berbelanja menggunakan perkhidmatan Bayar Nanti Pakai Lekas / BNPL – PayLater by Grab, anda akan menerima sebanyak 200 GrabRewards apabila anda membeli barangan dari kedai atas talian yang menyokong pembayaran bertangguh. Jadi ini memudahkan anda untuk merancang perbelanjaan anda.
Malah untuk setiap perbelanjaan yang membolehkan anda mengumpul GrabRewards ini juga, anda boleh menebus bermacam perkara, sehinggalah kepada menggunakan GrabRewards untuk pengecasan kereta elektrik anda.
Kesemua GrabRewards yang terkumpul ini boleh digunakan untuk penebusan secara terus pada peringkat pembayaran. Baik anda memesan makanan mahupun memanggil kenderaan, setiap transaksi yang dilakukan pada aplikasi Grab boleh ditebus dengan GrabRewards secara terus. Malah cara ini lebih pantas dan telus dalam memberikan semula manfaat kepada pengguna.

Gambar diatas menunjukkan cara anda dapat menggunakan GrabRewards dengan pembelian. Apabila anda membuka halaman ‘Offers’, anda juga boleh menggunakan sejumlah promosi secara bertindan, dimana sejumlah 435 GrabRewards diperoleh, dan juga diskaun pembelian menjadikan jumlah pembelian asal sebanyak RM 41.49 menjadi RM 34.49
Jadi dengan ini nampak jelas pelbagai cara wujud bagi anda mendapatkan GrabRewards, juga cara untuk membelanjakannya secara telus dan terus. Dengan sistem ini juga jelas memberikan manfaat yang lebih kepada pengguna, dan juga menguntungkan pengguna.
Lebih-lebih lagi dengan pengenalan GrabRewards yang dikemaskini, kini semua pengguna boleh menerima GrabRewards sama ada mereka merupakan pelanggan GrabUnlimited, atau sebaliknya, bermula 26 Ogos ini.
[info] Baca: Tips Rasmi GrabRewards [/info]
Penafian: Advertorial dari Grab