Projek LRT 3 Memenuhi Sasaran Memulakan Operasi 30 September
Effi Saharudin
Laluan LRT 3 yang sudah lama tergendala kini siap 99.21% setakat 10 Julai lalu menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Loke menjawab soalan mengenai projek LRT 3 yang sudah beberapa kali tertangguh ini di Parlimen semalam. Ini adalah petanda awal LRT laluan Shah Alam ini akan memulakan operasi pada 30 September depan seperti yang diumumkan pada Februari lalu.

LRT 3 atau nama rasminya LRT laluan Shah Alam ialah perkhidmatan rel transit keempat di Lembah Kelang dengan ia akan dikendalikan oleh Rapid KL. Laluan akan mempunyai 25 stesen yang buat pertama kalinya terletak di luar sempadan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia menghubungkan stesen Bandar Utama di Petaling dengan stesen Johan Setia di Klang.
Pembinaan laluan ini menelan belanja RM21.93 billion yang adalah lebih rendah berbanding kos anggaran asal RM31.65 billion semasa diluluskan pada tahun 2015. Apabila beroperasi kelak ia mampu membawa sehingga 39,260 penumpang setiap jam.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.