Sistem Tol Tanpa Palang Dijangka Dilaksanakan Paling Awal Sekitar 2027
Aman
Sistem tol tanpa palang sedia diperkatakan sejak beberapa tahun sebelum ini. Menyentuh mengenainya, kini pihak Kementerian Kerja Raya mengatakan sistem tol tanpa palang mungkin dilaksanakan paling awal sekitar 2027.

Walaupun idea untuk melaksana sistem tol tanpa palang telah diperkatakan sejak beberapa tahun, namun ia dilihat mengambil masa yang lama. Beberapa parameter yang diperlukan telah pun didrafkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya, namun masih belum dibincangkan bersama pengoperasi lebuh raya, memandangkan masih belum menerima keputusan dari Kabinet.
Disamping itu, ia dijangka perundangan baharu mungkin akan diperlukan dalam menjayakan pelaksanaan sistem tol tanpa palang ini.
Melalui sistem tol tanpa palang, ia akan membolehkan pengguna pautkan kaedah pembayaran ke sebuah sistem, dan melalui bahagian tol seperti biasa tanpa perlu hentikan kenderaan atau bersesak seperti pada hari ini. Langkah ini dijangka akan dapat mengurangkan kesesakkan, dan melancarkan lagi perjalanan di lebuh raya.
Beberapa pihak sebelum ini telah menguji konsep sistem tol tanpa palang. Namun, Kementerian Kerja Raya mengatakan kerajaan masih belum memulakan sebarang ujian rintis untuknya buat masa ini.
[sumber]TheEdge[/sumber]