Showrunner Ialah Platform Penstriman Pertama Dengan Kandungan Dijana Sepenuhnya Oleh AI
Effi Saharudin
Saya yakin ramai dalam kalangan pembaca mempunyai komen negatif mengenai kandungan di YouTube, Netflix, Prime, Astro dan Disney+. Anda merasakan idea anda lebih bernas berbanding dijana Vince Gilligan, Christopher Nolan dan Syamsul Yusuf. Kini anda membuktikannya menerusi platform penstriman video Showrunner yang dilancarkan di Amerika Syarikat semalam.

Showrunner unik kerana kesemua kandungan di dalamnya dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif. Pelanggan membayar sehingga $20 sebulan untuk menghasilkan kandungan Showrunner dengan ia kemudiannya boleh distrim pelanggan lain atau ditawarkan ke platform lain seperti YouTube. Bagi yang tidak berminat menjana siri atau filem sendiri, kandungan Showrunner boleh distrim secara percuma.
Platform ini dibangunkan oleh Fable dengan ia menerima gelaran “Netflix Untuk AI” dan telahpun menerima dana daripada Amazon menurut laporan Variety. Berapakah pelaburan yang dilakukan Amazon tidak didedahkan. Showrunner dilancarkan pada skala kecil dengan had 10,000 pengguna sahaja ketika ini.
Walaupun setakat ini hanya Amazon mengesahkan pelaburan ke dalam Showrunner, kerjasama dengan studio Hollywood seperti Disney sedang dilakukan dengan harapan IP asal mereka boleh digunakan untuk menjana kandungan.
[sumber] Showrunner [/sumber]