Edits Dikemaskini Dengan Pilihan Fon Baharu Dan Suntingan Audio Pintar
Amy Maizuraa
Edits kini menerima kemaskini terkini yang memperkenalkan ciri suntingan audio dipertingkat, alatan visual yang lebih mesra pengguna, pilihan fon baharu serta penambahbaikan lain untuk pengalaman suntingan yang lebih kreatif.


Salah satu penambahbaikan utama ialah keupayaan memanjangkan audio melebihi durasi video untuk memberi ruang kepada pengguna menghasilkan kandungan yang lebih kreatif. Pada masa sama, ciri baharu Cut Silences membolehkan jeda tidak diingini dibuang secara automatik daripada video Reels untuk menjadikan suntingan lebih lancar serta nampak lebih profesional.
Pengguna kini boleh mengimport fail audio terus daripada peranti untuk digunakan dalam klip video. Walaupun ciri ini membuka ruang terhadap pelanggaran hak cipta, Meta telah melengkapkan aplikasi dengan sistem pengesanan bagi mengenal pasti dan menangani sebarang bentuk penyalahgunaan.


Edits kini hadir dengan kawalan lebih lancar untuk meleret antara klip tersimpan, koleksi dan fail video, serta antaramuka baharu bagi pratonton suntingan yang memudahkan transisi antara klip. Pengguna turut boleh menyimpan draf video terus ke mesej Instagram, sementara itu penambahan pilihan fon membuka ruang kreativiti dalam gaya video. Semua ciri ini tersedia dalam versi terkini aplikasi.
[sumber[ instagram [/sumber]