Microsoft Menjadi Syarikat Kedua Mencapai Nilai Pasaran $4 Trilion
Effi Saharudin
Microsoft pagi ini menjadi syarikat kedua dalam sejarah mencapai nilai pasaran $4 trilion. Nilai pasaran Microsoft melonjak naik ke $4.1 trilion selepas syarikat mengumumkan peningkatan pendapatan serta keuntungan yang melangkaui jangkaan pada suku lalu.

Ini masih menjadikannya syarikat kedua selepas NVIDIA menjadi syarikat pertama mencapai nilai tinggi pada 9 Julai lalu. Buat pertama kalinya, Microsoft mendedahkan pendapatan perniagaan Azure dan perkhidmatan awanan mereka melangkaui sasaran $75 bilion dengan ia bersamaan peningkatan 34% berbanding suku sama tahun lalu.
Di tempat ketiga masih lagi Apple dengan nilai pasaran $3.1 trilion. Saham Apple walau bagaimanapun terjejas sejak kebelakangan ini berikutan tarif tinggi dikenakan Amerika Syarikat ke atas China dan India dimana Apple mengimport produk yang dipasarkan di negara tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.