RMK13 : Malaysia Akan Menuju Ke Arah Negara Berasaskan Kecerdasan Buatan
Aman
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini telah membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sekaligus menyentuh sejumlah peluang dan sasaran dalam arena kecerdasan buatan. PM terus menekankan Malaysia meletakkan hala tuju jelas dalam menerajui arena kecerdasan buatan di rantau Asia Tenggara.

Penerapan inovasi teknologi tempatan akan diberikan tumpuan, dalam mengalakkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya dalam aset digital strategik seperti kecerdasan buatan, sistem digital kerajaan dan data analitik. Kerajaan juga akan memfokuskan kepada mengalakkan lagi penghasilan produk dan perkhidmatan “Buatan Malaysia”.
Selari dengannya, Pelan Tindakan AI Kebangsaan akan dilaksanakan, dan memacu pertumbuhan termasuk bakat tempatan. Infrastruktur digital juga akan terus ditambah-baik dalam mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi baharu dan menarik pelabur ke Malaysia.
Ekosistem kecerdasan buatan juga akan ditambah-baik melalui pengukuhkan kepercayaan digital, yang akan memfokuskan melindungi data peribadi, dan menangani ancaman siber. Inisiatif seperti Bank Data Negara sebagai pangkalan data nasional bersepadu akan dilaksanakan, selain Suruhanjaya Data akan ditubuhkan.
Kerajaan juga akan melakukan pelbagai inisiatif dalam terus meningkatkan kadar kecelikkan digital dan kecerdasan buatan – pada pelbagai peringkat umur.