RMK13 : Kerajaan Sasar Liputan 5G Mencapai Kadar 98% Menjelang 2030
Aman
Ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 hari ini, Perdana Menteri turut menyentuh secara ringkas berkenaan dengan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia. Bergerak ke hadapan, ia disasarkan kadar liputan rangkaian 5G mencapai 98% menjelang tahun 2030.
Kadar liputan ini akan meliputi kawasan berpenduduk, dan juga perindustrian. Kali terakhir pihak Digital Nasional Berhad berkongsi, kadar liputan telah melangkaui 80% kawasan berpenduduk. Selain Digital Nasional Berhad, kini penyedia kedua juga telah diumumkan, iaitu U Mobile, yang menyasarkan mencapai kadar liputan 80% sekitar 2026.
Dengan fokus terhadap kecerdasan buatan, penyediaan infrastruktur juga sangat penting, membuatkan perhatian turut diberikan dalam pembangunan rangkaian 5G yang bukan sahaja akan digunakan oleh pengguna, tetapi juga industri.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.