3 Bilion iPhone Telah Dijual Setakat Ini
Effi Saharudin
Apple mengumumkan laporan kewangan untuk Q3 fiskal 2025 pagi ini dan Tim Cook mengesahkan lebih 3 bilion iPhone telah dijual sejak dipasarkan pada tahun 2007. Pengumuman ini adalah menarik kerana Apple telah lama tidak mendedahkan angka jualan iPhone dengan sekadar mendedahkan pendapatan yang dijana.

iPhone mencecah angka jualan 1 bilion pada Julai 2016. Ini bermakna secara purata Apple berjaya menjual 222 juta iPhone setiap tahun dalam tempoh 9 tahun untuk mencapai angka 3 bilion. Walaupun angka jualan baharu ini dicapai, laporan kewangan mendedahkan cabaran yang bakal ditempuh Apple dalam tempoh terdekat. Tarif Trump menyebabkan peningkatan kos $800 juta ke atas produk yang diimport ke Amerika Syarikat.
Apple telah memindahkan pengilangan produk untuk pasaran Amerika dari China ke India tetapi Trump mengenakan pula tarif 25% ke atas India semalam. Trump ingin Apple dan pengeluar telefon pintar utama dunia untuk memindahkan pengilangan kembali ke Amerika jika tidak ingin dikenakan tarif.