DJI Osmo 360 Dilancarkan Dengan Rakaman Video 8K 50FPS – Bermula RM1879
Effi Saharudin
DJI Osmo 360 dilancarkan dengan ia sebuah kamera aksi 360 darjah yang boleh melakukan rakaman video pada resolusi 8K 50FPS. Ini meletakkannya sebagai pesaing terdekat kepada produk Insta360 yag mendominasi pasaran kamera video 360 selama ini.

Kamera dilengkapi sensor 1/1.1″ CMOS yang juga boleh mengambil gambar 360 darjah pada resolusi 120MP dan rakaman video dua dimensi pada tetapan 4K 120PFS. Menerusi ciri HorizonSteady dan RockSteady video yang stabil tanpa getaran boleh dirakam. Dengan bateri 1950 mAh, Osmo 360 boleh melakukan rakaman video tanpa henti sehingga 190 jam pada tetapan 6K.
Terdapat empat mikrofon until rakaman audio menyeluruh dan ia boleh digunakan bersama DJI Mic yang dipasarkan sebelum ini. Sebuah skrin sesentuh 2″ disertakan dengan ia boleh digunakan untuk mengawal kamera dan melihat semula kandungan dirakam.

Tubuh kamera melepasi piawaian IP68 dan boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 10 meter. Storan dalaman adalah sebesar 128GB dengan ia boleh ditambah menggunakan kad microSD.
Di Malaysia DJI Osmo 360 dijual pada harga RM1879 untuk Standard Combo dan RM2369 untuk Adventure Combo yang hadir dengan aksesori kayu swafoto 1.2 meter, cagak kamera dan pengecas bateri tambahan.