Samsung Mengesahkan Exynos 2600 Akan Menggunakan Teknologi 2nm GAA
Amy Maizuraa
Samsung mengesahkan bahawa Exynos 2600 akan menjadi pemproses mercu terawal yang dibangunkan menggunakan teknologi 2nm Gate-All-Around (GAA) oleh Samsung Foundry. Pengumuman ini dibuat dalam laporan kewangan H2 2025 yang menandakan pencapaian penting dalam usaha mereka untuk kembali bersaing dalam pasaran semikonduktor.

Exynos 2600 dijangka digunakan dalam beberapa model Galaxy S26 bergantung kepada pasaran, menjadikannya cip 2nm pertama yang tersedia secara komersial. Ini sekaligus meletakkan Samsung selangkah di hadapan pesaing seperti Apple, MediaTek dan Qualcomm yang masih menggunakan teknologi 3nm untuk cip mercu mereka.
Samsung turut menandatangani perjanjian bersama Tesla untuk bekalan cip 2nm itu yang dijangka bantu mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri semikonduktor global. Exynos 2600 dilaporkan hadir dengan CPU 10-teras (1+3+6) dan GPU Eclipse 960 dengan peningkatan grafik sehingga 15%. Selain itu, ia menyokong keupayaan AI pada peranti melalui peningkatan prestasi NPU.
[sumber] samsung [/sumber]