Aplikasi TikTok Pro Diperkenal Untuk Eropah – Tanpa Iklan, Siaran Langsung, Dan Ciri Edagang
Aman
TikTok kini hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk para pengguna di Eropah, dinamakan TikTok Pro. Melalui aplikasi ini, ia menawarkan pelbagai kandungan sedia ada seperti pada penawaran TikTok asal, tetapi dengan mengurangkan beberapa ciri-ciri yang mungkin dianggap menganggu oleh sesetengah pengguna.
Antara ciri yang tidak disertakan adalah termasuk tiada penyertaan kandungan siaran langsung, atau ciri TikTok Shop. Aplikasi ini juga tidak menyertakan sebarang iklan.

Langkah penawaran ini dilihat selari dengan pelbagai perundangan di Eropah yang perlu dipatuh oleh penyedia platform, atau mungkin menghadapi kesukaran untuk beroperasi di sana. Sebelum ini, Meta turut menghadapi masalah untuk paparan pengiklanan di rantau tersebut, dan memberikan pilihan pelan langganan bulanan untuk penggunaan bebas iklan bagi produk seperti Facebook dan Instagram.
Buat masa ini, pihak TikTok masih sedang menguji TikTok Pro ini secara terhad, dan ditawarkan di Jerman dan Portugal sahaja buat masa ini, melalui Apple App Store sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.