Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Untuk Windows 11 SE Pada Oktober 2026 – Edisi Untuk Komputer Berspesifikasi Rendah
Aman
Pada 2021 yang lepas, Microsoft telah memperkenalkan sebuah edisi sistem operasi Windows 11 yang dioptimasikan untuk komputer berspesifikasi rendah, dan ditujukan untuk bersaing bersama penawaran ChromeOS oleh Google. Dinamakan sebagai Windows 11 SE, Microsoft lebih menyasarkan ia kepada pengguna pelajar ketika pengenalan.

Namun, produk yang menggunakannya dan dipasarkan di pasaran adalah sangat terhad, dan seperti kurang mendapat perhatian berbanding komputer Windows 11 yang lain. Selari dengannya, kini Microsoft menyatakan akan menamatkan sokongan untuk sistem operasi berkenaan.
Microsoft mengatakan akan menamatkan sokongan termasuk kemaskini perisian, bantuan teknikal dan juga kemaskini sekuriti untuk Windows 11 SE, berkuat-kuasa Oktober 2026. Microsoft mengatakan peranti yang menggunakan Windows 11 SE boleh terus digunakan, namun, pengguna diminta beralih ke peranti lain yang menyokong Windows 11 penuh.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.