Politeknik Dengan Bidang Tumpuan Kecerdasan Buatan Bakal Beroperasi Seawal 2027
Aman
Pada hari ini, terdapat pelbagai politeknik dengan fokus bidang tumpuan berbeza-beza dalam melahirkan bakat-bakat baharu yang pakar dalam sesuatu bidang. Tidak setakat itu, kini ia dikongsikan sebuah politeknik baharu dijangka beroperasi menjelang 2027, dengan memfokuskan bidang kecerdasan buatan.
Buat masa ini, politeknik berkenaan dalam fasa perancangan, termasuk melibatkan kurikulum untuknya, penjawatan dan infrastruktur. Ia dijangka siap sepenuhnya dalam masa sekitar setahun dua lagi, sebelum politeknik berkenaan beroperasi sepenuhnya.
Politeknik berkenaan akan beroperasi di Lumut, Perak, dan menawarkan sejumlah program termasuk Sijil dan Diploma Kecerdasan Buatan yang merangkumi pelbagai perkara melibatkan bidang teknologi tersebut. Pengenalan politeknik dengan fokus kecerdasan buatan ini juga dilihat sebagai salah satu inisiatif dibawah RMK13 dalam terus memperkasa arena TVET.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.