Jenis Darah Baharu Dikenalpasti Dengan Ia Wujud Pada Seorang Manusia Sahaja
Effi Saharudin
Di sekolah kita diajar terdapat empat jenis darah utama iaitu A, B, AB dan O. Di bawahnya terdapat sub jenis bergantung kepada antibodi dan antigen di dalamnya. Setakat ini 47 jenis darah telah ditemukan oleh saintis tapi pada Jun lalu jenis darah ke 48 akhirnya dikenalpasti selepas menjadi misteri selama 15 tahun.

Pertubuhan Darah Perancis (EFS) telah berjaya mengenal pasti jenis darah ke-48 yang sangat jarang ditemukan, dikenali sebagai “Gwada negatif”. Sampel darah diambil daripada seorang wanita kira-kira 15 tahun lalu semasa beliau melakukan saringan sebelum pembedahan. Di makmal, darah beliau didapati memberikan reaksi negatif ke atas sema jenis darah termasuk ahli keluarga sendiri.
Oleh sebab jenis darah ini terlalu jarang ditemukan, wanita yang berasal daripada kepulauan Guadeloupe ini ialah satu-satunya manusia di dunia yang memilikinya dan akibatnya tidak boleh menerima darah daripada sesiapa kerana reaksi dengan antibodi tubuh beliau.
Misteri mengenai jenis darah beliau hanya terungkai selepas penjujukan DNA dilakukan. Mutasi pada gen yang diwarisi daripada ibu dan ayah beliau menghasilkan jenis darah baharu yang unik tetapi menyukarkan hidup beliau jika memerlukan bekalan darah dalam situasi kecemasan.
[sumber] New Atlas [/sumber]