Aliff Syukri Raih Jualan Tertinggi Live Di TikTok – RM1 Juta Dalam Masa 2 Minit 32 Saat
Amy Maizuraa
Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuktikan kehebatan strategi pemasarannya apabila berjaya mencatatkan rekod jualan terpantas dalam sejarah penstriman langsung di TikTok Shop dengan jumlah jualan mencecah RM1 juta hanya dalam masa dua minit 32 saat.

Pencapaian tersebut mendapat pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records yang disahkan oleh Pegawai The Malaysia Book of Records, Siti Nurhanim Mohd Noh menerusi penyerahan sijil sejurus tamat sesi penstriman langsung pada malam semalam.
Kejayaan itu direkodkan sempena pelancaran eksklusif Samma Bag Denim Edition serendah RM79 yang menerima sambutan luar biasa daripada ramai penonton. Jualan hebat itu bukan sahaja mencipta rekod baru malah mengatasi pencapaian terdahulu oleh Khairul Aming yang sebelum ini mencatat RM1 juta dalam masa 3 minit 39 saat.

Aliff turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik untuk 50 pembeli bertuah dengan hadiah-hadiah berupa jongkong emas dan barangan eksklusif lain. Selain aktif dalam dunia penjualan atas talian, Aliff juga merupakan penggerak utama di sebalik beberapa jenama terkenal seperti Sugeh Resort Janda Baik, As Hijab dan Anthons Leather.
[sumber] instagram [/sumber]