Samsung Lancarkan Monitor Mudah Alih Moving Style Edge
Effi Saharudin
Adakah anda mempunyai monitor di rumah yang diletakkan di atas meja atau disambungkan kepada lengan boleh laras? Pernahkah anda ingin menggunakan skrin ini di ruang tamu untuk bekerja tetapi tidak mempunyai tempah untuk meletakkannya? Jika saya monitor Samsung Moving Style Edge memenuhi keperluan mudah digunakan di meja atau di mana sahaja diinginkan pemilik.

Moving Style Edge disambungkan kepada lengan setinggi 80cam yang boleh diubah ketinggiannya kerana mempunyai leher dengan mekanisme laras. Ia juga membolehkan monitor diputarkan 90 darjah untuk digunakan secara menegak. Tapak berbentuk bulat dilengkapi bagi memudahkan kedudukan Moving Style Edge diubah.

Bahagian tapak mudah alih ini dipadankan dengan monitor 40″ Samsung M7 yang dilancarkan sebelum ini tetapi ia juga serasi digunakan dengan monitor Samsung lain sehingga 50″. Monitor pintar ini mempunyai resolusi 4K dan kadar segar semula 60Hz.
Dengan sistem operasi Tizen OS, ia boleh melancarkan aplikasi seperti YouTube dan Netflix secara terbina. Terdapat sambungan HDMI, USB-C dan juga USB-A bersama dengan AirPlay.
Di Korea Selatan Samsung Moving Style Edge dijual pada harga 879,000 Won (~RM 2691) sebuah.