Spotify Akan Meningkatkan Harga Langganan Di Beberapa Pasaran Bermula September 2025
August 4, 2025
Penstriman
Aman
Spotify kini mengumumkan mereka akan meningkatkan harga langganan bulanan untuk langganan individu di beberapa pasaran, bermula September 2025 kelak. Harga langganan ini akan ditingkatkan di beberapa pasaran, termasuk Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika, Eropah, Amerika Latin dan juga rantau Asia Pasifik.
Spotify mengatakan mereka akan mula memaklumkan pelanggan di pasaran yang terkesan bermula bulan hadapan secara berperingkat.
Spotify dilihat meningkatkan harga langganan ini dalam terus meningkatkan pendapatan mereka, sekaligus menjana pendapatan keseluruhan lebih baik berbanding sebelum ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.