ChatGPT Mencapai 700 Juta Pengguna Aktif Mingguan
Aman
OpenAI sebelum ini pada bulan Mac 2025 lepas, telah menyatakan perkhidmatan mereka kini digunakan lebih 500 juta pengguna aktif setiap minggu. Menariknya, angka berkenaan kini meningkat, dan dijangka mencatatkan angka 700 juta pengguna aktif mingguan pada minggu ini.
Ini sekaligus memperlihatkan ChatGPT terus menerajui arena kecerdasan buatan janaan, mendahului pesaing lain termasuk Google Gemini, Copilot, Perplexity dan lain-lain.
Pada masa yang sama, kini pengguna menghantar lebih 3 bilion mesej kepada platform kecerdasan buatan janaan berkenaan, pada setiap hari.
ChatGPT kini digunakan aktif oleh ramai pengguna seluruh dunia, tidak kira pelajar, pekerja, dan lain-lain. Malah, OpenAI sendiri turut telah memperluaskan ciri-ciri pada ChatGPT, termasuk menawarkan ChatGPT Agent yang boleh melaksanakan sejumlah tugasan kepada pengguna.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.