Pempengaruh Di UAE Perlu Mempunyai Permit Kerajaan Sebelum Menerbitkan Perkongsian Berbentuk Promosi
Aman
Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini hadir dengan perundangan baharu, dimana berkuat-kuasa bermula Oktober 2025 kelak, semua pempengaruh di UAE akan perlu mempunyai permit kerajaan, sebelum menerbitkan sebarang perkongsian berbentuk promosi di media sosial.
Dibawah perundangan ini, semua perkongsian berbentuk promosi – sama ada berbayar atau tidak berbayar, tertakluk untuk mendapatkan permit terlebih dahulu. Pemohon yang ingin mendapatkan permit perlu berumut 18 tahun ke atas.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan menambah-baik sejumlah perkara dalam industri penerbitan kandungan, termasuk memastikan syarikat atau jenama melakukan pembayaran dengan lebih baik kepada pempengaruh. Pada masa yang sama, ramai melihatnya sebagai langkah positif, dimana penerbitan kandungan kini diberikan perhatian dan menjadi salah satu sektor yang diiktiraf.
Disamping itu, ini juga akan memudahkan dalam pelbagai proses, termasuk percukaian oleh pihak kerajaan.
Selain UAE, sebelum ini Arab Saudi turut telah memperkenalkan lesen atau permit untuk pempengaruh menjana pendapatan melalui pengiklanan, dimana pempengaruh perlu mendapatkan lesen berharga sekitar SAR 15,000 yang boleh digunakan selama tiga tahun. Ketiadaan lesen ini boleh membawa kepada denda disebabkan pelanggaran undang-undang.
[sumber]KhaleejTimes[/sumber]