Realme Kini Mempunyai 300 Juta Pengguna Global
Amy Maizuraa
Realme meraikan pencapaian penting apabila jumlah pengguna produknya di seluruh dunia kini melebihi 300 juta. Angka ini menjadi tanda sokongan berterusan daripada para pengguna terutamanya generasi muda yang sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa.

Realme melihat pengguna bukan sekadar pelanggan tetapi sebagai pemangkin kepada perubahan mereka yang membentuk trend pembangunan produk. Justeru, Realme akan terus komited dalam menghasilkan peranti yang bukan sahaja selari dengan citarasa semasa malahan relevan dengan gaya hidup pengguna masa kini.
Menurut Realme, pencapaian ini membuka ruang untuk meluaskan akses teknologi berkualiti ke lebih banyak pasaran global. Penekanan kepada reka bentuk yang malar hijau serta teknologi terkini menjadi landasan kepada usaha Realme dalam menyampaikan pengalaman yang praktikal.