Sebanyak 80.3 Juta Unit Sony PlayStation 5 Telah Terjual Setakat Ini
Effi Saharudin
Sony PlayStation 5 akhirnya mencapai angka jualan 80.3 juta unit menurut laporan kewangan terkini Sony. Angka ini dicapai hampir 5 tahun selepas ia dilancarkan. Sony berpuas hati dengan jualan PS5 setakat ini kerana ia setanding PS2 dan PS4 yang mencapai angka jualan dalam tempoh yang sama. PS3 misalnya hanya mencapai angka ini selepas 7 tahun dipasarkan.

Prestasi perniagaan PlayStation juga baik dengan PSN mempunyai 123 juta juga pengguna aktif bulanan. Sebanyak 65.9 juta permainan PS4 dan PS5 terjual antara April hingga Jun 2025 yang adalah peningkatan 12 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sebagai perbandingan Xbox Series X dan Series S dipercayai hanya terjual 30 juta unit sahaja setakat ini walaupun kedua-duanya dilancarkan pada tahun 2020. Ini ialah sebab mengapa Microsoft telah mula menawarkan permainan eksklusif Xbox di PlayStation 5 sejak tahun lalu serta melesenkan penggunaan jenama Xbox kepada ASUS ROG Ally X.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.