Lelaki Amerika Keracunan Selepas Mendengar Nasihat Perubatan ChatGPT
Effi Saharudin
ChatGPT boleh dibawa berbicara, menulis aplikasi, merumuskan artikel panjang dan membantu anda mengulang kaji pelajaran. Dalam masa tiga tahun sahaja chatbot kercerdasan buatan (AI) ini menjadi alat bantuan yang digunakan ratusan juta pengguna setiap bulan. Tetapi seorang lelaki Amerika Syarikat mengalami isu keracunan selepas mendengar nasihat perubatan yang diberikan oleh ChatGPT.
Dalam kes yang dilaporkan dalam American College of Physicians Journals minggu lalu, lelaki berusia 60 tahun pergi ke hospital kerana masalah kehausan melampau, ruam kulit dan mengalami halusinasi visual dan audio. Berdasarkan simptom yang ditunjukkan, beliau disahkan mengalami masalah bromism iaitu keracunan bromin dalam tubuh.

Tiga bulan lalu kerana risau mendengar garam adalah tidak baik untuk kesihatan, pesakit bertanya kepada ChatGPT apakah ganti terbaik untuknya. ChatGPT menyarankan garam bromida dan akibatnya kandungan bromida tubuh meningkat. Jawapan yang diberikan ChatGPT tidak tepat kerana garam bromida hanyalah ganti untuk garam biasa apabila digunakan di kolam bukan untuk pemakanan.
Beliau kini pulih selepas dirawat menggunakan dirawat dengan cecair dan elektrolit. Ini adalah sebab mengapa golongan pengamal perubatan menggesa orang ramai supaya tidak mengambil jawatan yang diberikan AI secara bulat-bulat memandangkan ia boleh membahayakan kesihatan. Di Illinois, chatbot AI sebagai ganti ahli psikologi telah diharamkan kerana wujud kes AI menyuruh pengguna mencederakan diri bagi menyelesaikan masalah.