Evenesis Menerima Suntikan Pelaburan Strategik Daripada VentureTECH
Aman
Evenesis, salah satu syarikat berasaskan teknologi tempatan, kini mengumumkan telah menerima pelaburan strategik daripada VentureTECH Sdn Bhd. Namun, nilai pelaburan tidak dinyatakan buat masa ini.

Evenesis sedia dikenali dengan penawaran penyelesaian untuk pengurusan acara dan majlis. Ia memudahkan dari pendaftaran ke pengurusan dan lain-lain untuk sesuatu acara. Ia sebelum ini telah beroperasi sejak 2010 yang lepas, dan digunakan untuk pengurusan pelbagai acara besar, termasuk oleh agensi kerajaan, dan syarikat besar seperti Petronas, TNB, Celcom dan lain-lain.
Dengan suntikan dana baharu ini, Evenesis menyasarkan untuk terus memfokuskan kepada pembangunan dan perluasan penawaran di rantau ini dan juga Arab Saudi. Pada masa yang sama, ia juga akan membantu dalam terus memperkembangkan lagi platform Evenesis, dan menawarkan lebih nilai tambahan kepada para pengguna mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.