OnePlus Dilaporkan Ingin Menawarkan Skrin 165Hz Sebagai Standard
Effi Saharudin
Sejak dua tahun kebelakangan ini, menawarkan peranti dengan skrin 60Hz dianggap sebagai jalan pintar mengurangkan kos yang malas. Semakin banyak peranti kelas pertengahan sudah menawarkan 120Hz sebagai standard walaupun tanpa ciri LTPO. Dengan 120Hz sudah menjadi pilihan lalai pengeluar peranti, OnePlus ingin melakukan kelainan dengan menawarkan skrin 165Hz sebagai standard.

Ini adalah menurut maklumat yang dikongsi oleh Digital Chat Station di Weibo. Menurut beliau OnePlus akan menawarkan panel 165Hz dengan resolusi 1.5K pada peranti mercu dan pertengahan mereka. Ini akan meletakkan mereka berbeza daripada pesaing. Panel dengan kadar segar semula tinggi ini biasanya hanya diberikan pada peranti gaming seperti ROG Phone. Panel 144Hz pula ditawarkan pengeluar seperti Poco.
Adakah 165Hz akan menjadi piawaian baharu telefon pintar di masa hadapan? Pada pendapat kami 120Hz sudah lebih daripada memadai kerana nampak cukup lancar. Panel 165Hz mungkin akan nampak lebih lancar tetapi pasti akan mendatangkan impak kepada bateri. Namun begitu OnePlus mungkin tidak mahu setel dan menawarkan kelainan dengan bateri berkapasiti bateri ialah satu cara menaikkan semula nama jenama mereka.