Samsung Melancarkan TV Micro RGB Pertama Dunia
Effi Saharudin
Teknologi panel TV berkembang lagi pagi ini selepas Samsung melancarkan TV Micro RGB pertama dunia. Menerusi teknologi Micro RGB, LED merah, hijau dan biru bersaiz kurang daripada 100µm disusun pada skrin. Dengan ini kawalan lampu dan warna dapat dilakukan dengan lebih jitu.

TV yang dilancarkan bersaiz 115-inci dengan kemampuan memaparkan 100% warna mengikut piawaian BT.2020 yang dikeluarkan International Telecommunication Union (ITU). Bagi mengelakkan silau, lapisan skrin menggunakan teknologi Glare Free yang digunakan pada TV pintar Samsung sebelum ini. Pembantu maya Bixby juga boleh digunakan bersama sistem operasi Tizen OS yang akan menerima kemas kini selama 7 tahun.
Teknologi Micro RGB Samsung boleh mengurangkan pantulan, kelihatan sekata dalam keadaan sekeliling yang terang dan rekaan TV yang masih kekal nipis. TV Samsung Micro RGB akan ditawarkan di Korea Selatan terlebih dahulu sebelum ke Amerika Syarikat dan pasaran global.