Ryt Bank Bakal Dilancarkan – Turut Dikuasakan ILMU, Bank Digital AI Pertama Di Malaysia
Aman
YTL hari ini turut berkongsi mengatakan bank digital mereka, Ryt Bank akan dilancarkan pada penghujung bulan Ogos kelak, selari dengan pengenalan ILMUchat. Menariknya, yang menguasakan Ryt Bank juga adalah model bahasa raya yang dibangunkan YTL sendiri, dinamakan ILMU.

Ryt Bank merupakan bank pertama di Malaysia yang menggunakan antaramuka dalam bentuk chat atau perbualan. Dengannya, pengguna boleh mengarahkan ia melakukan sesuatu perkara, dan akan memproses terus pada aplikasi, sekaligus memudahkan lagi urusan perbankan. Integrasi bot untuk perbualan dan transaksi kewangan ini juga akan menjadikan Ryt Bank antara yang terawal mengintegrasikannya dan memperkenalkannya kepada awam.

Sebelum ini, sebanyak 5 lesen perbankan digital telah dikeluarkan, dan Ryt Bank merupakan salah satu yang menerimanya – hasil usahasama YTL dan juga Sea Ltd. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Ryt Bank tidak lama lagi.