Superkomputer Terpantas Dunia, El Capitan Kini Boleh Meramal Tsunami Dalam Masa 0.2 Saat
Effi Saharudin
Tsunami Laut Hindi tahun 2024 menyebabkan kerosakan mega di Acheh, dan Thailand serta mengorbankan lebih 200,000 nyawa. Walaupun gempa dikesan awal, pergerakan serta kekuatan tsunami yang dihasilkan tidak dapat diramalkan oleh saintis pada waktu tersebut. Ramalan yang lebih tepat dan pantas diperlukan bagi mengelakkan tragedi ini daripada berulang.

Penyelidik dari Lawrence Livermore National Laboratory (LLNL) kini mengumumkan kejayaan membangunkan sistem ramalan tsunami secara masa nyata yang bukan sahaja lebih tepat tetapi juga melakukannya dengan amat pantas.
Kuasa superkomputer terpantas dunia El Capitan digunakan untuk melakukan kira-kira Bayesian songsang dengan lebih 1 bilion parameter dalam masa 0.2 saat sahaja. Kerana kuasa El Capitan yang tinggi, ramalan ombak tsunami 10 bilion kali ganda lebih pantas berbanding kemampuan terdahulu.
Data daripada sensor-sensor tekanan dasar laut yang dikumpul secara masa nyata akan diproses El Capitan dengan pantas membolehkan kawasan yang diramalkan dilanda tsunami dapat dikosongkan lebih awal. Dengan kata lain El Capitan membolehkan sebuah kembar digital tsunami dihasilkan yang kemudiannya dijejak oleh pihak berkuasa sebelum pelan tindakan kecemasan diaktifkan.
Pracetak kertas kajian telah diterbitkan di jurnal arXiv