Sukan Robot Humanoid Dunia Berlangsung Di China Disertai 500 “Atlet” Dari 16 Negara
Effi Saharudin
Robot telah menggantikan manusia di gudang dan kedai serbaneka maka evolusi seterusnya ia juga menggantikan manusia dalam acara sukan. Sukan Robot Humanoid Dunia yang pertama kini sedang berlangsung di Bejing, China dengan ia melibatkan 500 “atlet” robot seakan manusia dari 16 negara. Acara sukan ini akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Selain acara sukan manusia seperti lumba lari dan tinju, robot juga bertarung dalam acara melakukan tugasan harian seperti menyusun kotak di gudang, membersihkan bilik hotel, membuang sampah dan membaca label pada kotak ubat-ubatan di hospital.

Sukan Robot Humanoid Dunia diwujudkan bagi memacu pembangunan teknologi robotik yang bukan sahaja boleh membantu manusia tetapi juga boleh menjadi sumber hiburan seperti dalam filem sains fiksyen. Robot diuji berdasarkan kepantasan dan ketepatan melakukan tugas yang diberi. Peserta dibenarkan menggunakan robot dengan kemampuan beroperasi sendiri dengan bantuan AI atau dikawal secara jarak jauh.
[sumber] Reuters [/sumber]