YouTube Berminat Mendapatkan Hak Penyiaran Anugerah Oscar
Effi Saharudin
Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Oscar ialah antara anugerah yang paling dikenali ramai serta berprestij. Dua tahun lalu, Tan Michelle Yeoh menjadi wanita bukan kulit putih dan pelakon wanita Malaysia pertama memenangi anugerah pelakon wanita terbaik Oscar. Kerana statusnya yang cukup gah, YouTube berminat untuk mendapatkan hak penyiarannya menurut laporan Bloomberg.

Hak penyiaran Oscar dipegang oleh ABC sejak 1976 dengan kontrak yang dipegang anak syarikat Disney ini akan berakhir pada tahu 2028. Selain YouTube, NBC juga turut berminat untuk mendapatkan hak penyiaran selepas luputnya kontrak ABC.
Sebagai platform penstriman video nombor satu dunia, hak penyiaran Oscara kan mengukuhkan lagi status YouTube. Netfllix kini memegang hak penyiaran Anugerah Screen Actors Guild (SAG) sementara Paramount+ memegang hak Golden Globes.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.