Di Wikipedia, David Woodard Ialah Juara Masuk Bakul Angkat Sendiri
Effi Saharudin
Wikipedia dilancarkan pada tahun 2001 oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger sebagai ensiklopedia terbuka dan percuma. Setakat ini terdapat lebih daripada 65 juta artikel di Wikipedia dalam 343 bahasa. Secara teorinya, artikel Wikipedia yang mempunyai pelbagai versi bahasa ialah kayu pengukur kepentingan pengetahuan mengenainya untuk tamadun manusia.

Tetapi dalam laporan yang diterbitkan oleh The Signpost, mereka menemui usaha seorang individu yang cuba mempromosikan diri sendiri dengan artikel mengenai diri beliau diterbitkan dalam 335 bahasa di Wikipedia. David Woodard ialah seorang artis dari Amerika Syarikat, The Signpost mendapati adalah aneh insan yang tidak dikenali umum mempunyai artikel dalam banyak bahasa. Beliau mempunyai lebih banyak artikel di Wikipedia berbanding negara Turkiye (332 artikel) dan Michael Jackson (279).
Berdasarkan siasatan, artikel pertama mengenai Woodward muncul pada tahun 2015. Menerusi lebih 200 akaun dengan pelbagai IP berbeza, artikel mengenai beliau mula ditulis secara berperingkat sehinggalah mencecah 343 artikel. Secara purata sebuah artikel mengenai Woodward dalam bahasa baharu dihasilkan setiap 6 hari. Adalah dipercayai Woodward, atau insan yang rapat dengan beliau menggunakan Wikipedia untuk mempromosikan dan kepentingan diri sendiri.
Selepas usaha selama sedekad ini dikesan, editor Wikipedia untuk pelbagai bahasa mula memadam artikel mengenai Woodward. Pada ketika ini hanya 20 artikel mengenai beliau masih wujud di Wikipedia.
Dengan kata lain janganlah menjadi David Woodward menggunakan Wikipedia untuk angkut bakul angkat sendiri. Sebaliknya jadilah Steven Pruittt yang menyunting lebih 3 juta artikel dalam Bahasa Inggeris di Wikipedia. Sumbangan beliau cukup besar dengan lebih 33,000 artikel ditulis oleh beliau dengan tidak ada satupun mengenai diri sendiri.