Honor MagicPad 3 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM2999
Amy Maizuraa
Honor melancarkan tablet terbarunya MagicPad 3 di Malaysia. Ia merupakan tablet mercu dengan spesifikasi tinggi dan rekaan premium, sesuai untuk pengguna yang mengutamakan prestasi serta gaya.


Peranti ini menampilkan skrin LCD bersaiz 13.3″ dengan nisbah skrin-ke-badan 91%, resolusi 3.2K, kadar segar semula 165Hz dan kecerahan puncak 1000nits. Paparan ini menyokong 1.07 bilion warna serta dilengkapi ciri perlindungan mata seperti persijilan cahaya biru rendah daripada TÜV Rheinland dan AI Circadian Night Display untuk keselesaan paparan sepanjang hari.


MagicPad 3 dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, dipadankan dengan memori 16GB RAM dan storan 512GB bagi memastikan prestasi harian yang lancar. Ia juga dilengkapi lapan pembesar suara dengan teknologi HONOR Spatial Audio dan DTS:X Ultra untuk pengalaman audio lebih imersif.


MagicPad 3 hadir dengan kamera belakang 13MP dan 2MP, serta kamera hadapan 9MP yang sesuai untuk panggilan video dan rakaman imej berkualiti. Ia menggunakan bateri berkapasiti 12450mAh dengan pengecasan pantas 66W melalui USB-C.

Dilengkapi dengan sistem operasi MagicOS 9.0 (berasaskan Android 15), tablet ini menawarkan antara muka ringkas bersama ciri AI seperti Smart AI Ink Restoration, AI Writing, AI Meeting, AI Handwriting dan AI Voice Enhancement bagi memudahkan tugasan harian.


Ia juga menyokong sambungan rentas fail, peranti dan sistem untuk penggunaan lebih lancar. Selain itu, ia turut didatangkan bersama Magic-Pencil 3 dan papan kekunci pintar dalam kotak. Untuk sambungan yang stabil, tablet ini dilengkapi Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4. Harga jualan rasmi MagicPad 3 di Malaysia ditawarkan pada RM2,999 seunit