Tidak Pernah Guna Samsung? Promosi ‘Galaxy Forever’ Tetap Untuk Anda
Amy Maizuraa
“Saya bukan pengguna Samsung, tapi saya teringin sangat untuk cuba Galaxy Z Fold7 atau Z Flip7. Bolehkah saya sertai kempen Galaxy Forever?”
Kalau anda juga tertanya-tanya soalan ini, jawapannya YA, BOLEH! Program Galaxy Forever bukan hanya untuk pengguna lama Samsung. Ia terbuka kepada semua, termasuk anda yang baru ingin beralih kepada teknologi telefon lipat generasi baharu.

Samsung memahami minat yang semakin meningkat terhadap telefon lipat yang bergaya dan berprestasi tinggi. Sebab itulah mereka membuka peluang seluasnya untuk anda alami sendiri kehebatan inovasi terkini.
Storan Berganda Bernilai Sehingga RM600 – Eksklusif untuk Pengguna Baharu!
Samsung kini menawarkan promosi istimewa untuk pengguna baru melalui kempen Galaxy Forever. Bagi setiap pembelian Galaxy Z Fold7, Z Flip7 atau Z Flip FE, pengguna baharu layak menerima storan berganda bernilai sehingga RM600.
Promosi ini boleh didapati di laman web rasmi Samsung Malaysia serta di Samsung Experience Store yang terpilih. Ia memberi peluang kepada pengguna untuk memiliki peranti premium pada nilai yang lebih baik, sekaligus menjadikan pengalaman pertama bersama Samsung lebih memuaskan dan penuh nilai.
Diskaun Eksklusif Untuk Peranti Dan Aksesori Tambahan
Selain itu, Samsung menawarkan diskaun sehingga 30% untuk pembelian dua unit Galaxy Tab serta dua unit peranti boleh pakai seperti Galaxy Watch atau Galaxy Buds. Ini memudahkan anda melengkapkan ekosistem Samsung dengan lebih mudah.
Bagi anda yang ingin menambah aksesori, terdapat juga potongan harga sebanyak 30% untuk tiga unit aksesori terpilih apabila anda membeli Galaxy Z Fold7 atau Galaxy Z Flip7, menjadikan pengalaman penggunaan lebih lengkap dan bergaya.

Menariknya, Samsung turut menawarkan program tukar ganti untuk telefon lama anda, tanpa mengira jenama, dengan rebat sehingga RM500 bergantung pada model dan keadaan peranti. Tambahan pula, bagi pemegang kad CIMB, terdapat baucar eksklusif bernilai sehingga RM400 yang boleh ditebus di kedai fizikal Samsung terpilih.
Semua tawaran ini direka khas untuk memberikan nilai terbaik kepada pengguna serta memudahkan peralihan kepada teknologi telefon lipat yang semakin popular. Pendek kata, ini bukan sekadar promosi, tetapi peluang sebenar untuk anda mula menggunakan teknologi lipat dengan penuh penjimatan.
Kenapa Galaxy Z Fold7 Dan Z Flip7 Jadi Pilihan Ramai?

Kenapa pilih Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7? Jawapannya mudah. Kedua-dua peranti ini bukan sekadar telefon pintar, tetapi lambang kemajuan teknologi yang mengubah cara anda bekerja, berhibur dan berinteraksi. Dengan reka bentuk boleh lipat yang elegan serta ciri-ciri canggih, ia menawarkan pengalaman penggunaan yang fleksibel dan efisien selari dengan keperluan gaya hidup moden.

Galaxy Z Fold7 dilengkapi dengan paparan utama bersaiz 8.0 inci Dynamic AMOLED 2X yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Peranti ini turut dijana oleh cip Snapdragon 8 Gen 3, bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Gabungan spesifikasi ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai tugasan, termasuk kerja, hiburan multimedia dan penggunaan harian yang memerlukan tahap produktiviti yang tinggi.

Galaxy Z Flip7 menawarkan paparan boleh lipat bersaiz 6.7 inci dengan teknologi yang sama, serta lengkap dengan skrin luar yang lebih besar untuk memudahkan akses kepada notifikasi dan aplikasi harian. Peranti ini turut menyokong ciri Flex Mode, yang membolehkan pengguna mengambil gambar atau membuat panggilan video tanpa perlu memegang telefon. Ia boleh diletakkan di atas permukaan rata untuk penggunaan yang lebih selesa.

Kedua-dua model dilengkapi kamera utama 50MP dan sokongan rakaman video 8K untuk menghasilkan visual yang tajam dan berkualiti tinggi. Peranti ini juga dibina dengan bahan yang kukuh serta kalis air IPX8 bagi memberikan ketahanan yang boleh dipercayai dalam penggunaan harian.
Masa Untuk Anda Buat Pilihan Bijak
Jadi, sama ada anda pengguna sedia ada siri Galaxy Z atau baru ingin mencuba dunia telefon lipat, inilah masa terbaik untuk membuat perubahan. Dengan pelbagai tawaran hebat seperti diskaun aksesori, program tukar ganti dan baucar eksklusif, memiliki telefon impian anda kini lebih berbaloi.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Galaxy Forever dan produk Samsung yang lain, sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Percayalah, sebaik sahaja anda mula menggunakan Galaxy Z Fold7 atau Z Flip7, anda pasti tidak mahu kembali kepada telefon biasa.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.