Langganan Apple TV+ Dinaikkan 30% Di Beberapa Negara
Effi Saharudin
Apple meningkatkan harga langganan Apple TV+ sebanyak 30% di Amerika Syarikat serta beberapa negara lain bermula hari ini. Di Amerika misalnya, pelanggan dikenakan bayaran $12.99(~RM 54.92) sebulan berbanding $9.99 sebelum ini. Pelanggan Apple TV+ sedia ada akan dicaj harga langganan baharu ini dalam kitaran bil mereka yang seterusnya.

Menurut Apple peningkatan harga dilakukan kerana ia sebuah platform yang tidak menawarkan sebarang bentuk pengiklanan sejak dilancarkan berbeza seperti yang dilakukan Netflix dan Disney+. Kenaikan harga hari ini ialah yang ketiga sejak Apple TV+ dilancarkan pada tahun 2019. Pada waktu tersebut ia boleh dilanggan hanya pada harga $4.99 sebulan.
Walaupun sudah enam tahun beroperasi, Apple TV+ masih mencatatkan kerugian sekitar $1 bilion setahun dengan ia hanya mempunyai 45 juta pelanggan menurut laporan Variety awal tahun ini. Setakat ini harga langganan di Malaysia masih kekal RM29.90 untuk pelan perseorangan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.