YouTube Premium Menggantung Akaun Pengguna Pelan Family Yang Tidak Duduk Serumah
Effi Saharudin
YouTube Premium mula mengejar pengguna Family Plan yang dikesan tidak duduk serumah. Seorang pengguna di Reddit berkongsi emel yang diterima daripada YouTube yang mengesan beliau tidak duduk sebumbung dengan pengurus akaun Family Plan. Akibatnya akses beliau kepada YouTube Premium digantung selama 14 hari.

Ini ialah tindakan yang mengejut kerana sebelum ini YouTube tidak pernah peduli semua pengguna Family Plan tidak tinggal serumah. YouTube nampaknya mula mengikut langkah Netflix dan Disney+ yang tidak lagi membenarkan pengguna akaun keluarga duduk di rumah yang berbeza. Di Netflix, pengguna berbeza alamat pengguna membayar yuran langganan tambahan.
Pada ketika ini isu akaun YouTube Premium di bawah Family Plan digantung hanya dilaporkan seorang pengguna. Saya sendiri mempunyai beberapa ahli keluarga yang tidak tinggal serumah di bawah Family Plan. Jika YouTube menguatkuasakan ciri ini di peringkat global, reaksi yang bakal mereka terima pastinya sama seperti diterima Netflix dan Disney+.
[sumber] Android Police [/sumber]