Snapchat Akan Mengenakan Bayaran Tambahan Untuk Menyimpan “Memories”
September 30, 2025
Aman
Snapchat kini mengumumkan mereka akan mula mengenakan bayaran tambahan untuk para pengguna yang ingin menyimpan “Memories” untuk diakses melalui perkhidmatan berkenaan. Dengan langkah ini, semua pengguna percuma disediakan dengan storan sebanyak 5GB, dan untuk sebarang storan yang lebih daripadanya, pengguna perlu melakukan bayaran.
Untuk fasa pengenalan ini, Snapchat menawarkan pilihan storan 100GB, 250GB melalui pelan Snapchat+, atau sehingga 5TB melalui pelan Snapchat Premium.
Bagi pengguna sedia ada yang menggunakan lebih 5GB, anda akan diberikan masa sehingga 12 bulan untuk terus mengaksesnya, sebelum langkah lanjutan seperti pengehadan dikuat-kuasa.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.