Belanjawan 2026 : MyDigital ID Menyasarkan 15 Juta Pengguna Menjelang Penghujung 2025
Aman
Kerajaan hari ini telah membentangkan Belanjawan 2026, dan melaluinya berkongsi mengatakan MyDigital menyasarkan 15 juta pengguna menjelang penghujung 2025 ini. MyDigital ID adalah sokongan identiti digital diuruskan oleh kerajaan, memudahkan pengguna untuk log masuk ke pelbagai perkhidmatan, dan turut memudahkan pengesahan identiti di pelbagai perkhidmatan.

Disamping itu, kerajaan turut berkongsi mengatakan MyDigital ID akan turut diperluas ke sektor lain, termasuk kewangan, telekomunikasi, edagang dan juga kesihatan.
Sebelum ini sendiri, kerajaan telah berkongsi mengatakan pendaftaran kad SIM prabayar akan mula menggunakan MyDigital ID pada tahun ini. Bergerak kehadapan, kita mungkin melihat implementasi dan integrasi MyDigital ID lebih meluas pada pelbagai perkhidmatan rentas awam dan swasta.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.