Oppo Perkenal Kit Fotografi Eksklusif Untuk Find X9 Pro – Harga RM999
Amy Maizuraa
Oppo Malaysia turut melancarkan kit fotografi khas untuk pengguna Find X9 Pro. Kit ini direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi mudah alih ke tahap lebih profesional.

Ia juga disasarkan kepada pengguna yang menggemari rakaman gambar berkualiti tinggi secara lebih bebas dan kreatif. Selain itu, ia turut menawarkan nilai tambah kepada peminat fotografi yang ingin meningkatkan potensi kamera Find X9 Pro dalam pelbagai situasi sama ada untuk kegunaan harian mahupun projek profesional.
Antara komponen dalam kit ini termasuk OPPO Find X9 Pro Photographer Magnetic Case, Teleconverter Lens, Lens Body, dua unit Lens Mounting Ring, Lens Cap (Rear), Lens Cap (Front), Stabilizer Kit, serta aksesori tambahan seperti Racket Grip untuk sokongan semasa penggambaran.

Kit ini ditawarkan secara berasingan pada harga RM999 di pasaran tempatan. Namun, pengguna boleh mendapatkannya pada harga istimewa serendah RM799 melalui promosi ‘Purchase With Purchase’ (PWP) apabila dibeli bersama peranti Find X9 Pro.