Realme 15T Ditawarkan Di Malaysia Bermula Harga RM1199 – Hadir Dengan Bateri 7000mAh
Amy Maizuraa
Realme 15T dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri besar sebagai tarikan utama. Harganya bermula dari RM1,199 (8GB + 256GB) dan RM1,299 (12GB + 256GB) sekali gus menjadikannya lebih mampu milik berbanding dua model terdahulu dalam siri yang sama.

Setiap pembelian turut disertakan dengan hadiah bernilai RM518 termasuk realme Buds T200 Lite, rebat tunai RM100 dan waranti tambahan selama satu tahun untuk tempoh terhad. Anda yang berminat boleh mendapatkannya melalui laman web rasmi Realme atau pengedar sah di seluruh Malaysia termasuk rakan telekomunikasi terpilih.
Realme 15T menggunakan skrin AMOLED 6.57 inci FHD+120Hz. Ia dipadankan dengan cip Dimensity 6400 Max bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB. Selain itu, peranti ini menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15 lengkap dengan pelbagai ciri AI yang memudahkan pengalaman harian pengguna.

Sistem kamera dilengkapi dengan sensor 50MP di bahagian belakang dan hadapan. Ia turut menyertakan ciri AI Edit Genie seperti yang diperkenalkan pada model sebelumnya bersama penambahan ‘New Portrait Filters untuk hasil gambar yang lebih menarik.
[info] Beli – realme 15T [/info]