SoftBank Menjual Kesemua Pegangan Saham NVIDIA Untuk Melabur Ke Dalam OpenAI
Effi Saharudin
SoftBank menjual kesemua 3.5 juta saham NVIDIA yang dipegang oleh mereka dengan ia menjana $5.8 bilion. Pegangan dalam syarikat yang pertama berjaya mencapai nilai pasaran $5 trilion ini dilupuskan bagi melakukan pelaburan besar ke dalam OpenAI pula.

CFO SoftBank, Yoshimitsu Got berkata pelupusan stok NVIDIA dilakukan kerana syarikat ingin melalukan pelaburan sebanyak $30 bilion ke dalam OpenAI tahun ini. Oleh itu portfolio sedia ada perlu dilupuskan bagi menjana dana yang diperlukan. Selain saham NVIDIA, SoftBank turut melupuskan sebahagian saham T Mobile dengan ini menjana $9.2 bilion.
SoftBank adalah antara pelabur terbesar OpenAI dengan ia menyumbang dana bagi membina pusat data kecerdasan buatan (AI) Stargate yang menelan belanja $500 bilion. CEO SoftBank, Masayoshi Son melihat AI akan membawa perubahan besar terhadap tamadun manusia dengan beliau meramalkan AI kelak adalah 10,000 kali ganda lebih bijak berbanding manusia menjelang 2035.