Google Mengalah dan Kembali Membenarkan Pemasangan Muat Sisi Aplikasi Android
Effi Saharudin
Ogos lalu Google memperkenalkan garis panduan baharu yang memerlukan pembangun aplikasi Android berdaftar dan mengesahkan identiti mereka. Menurut Google ini adalah bagi menentang isu pembangunan aplikasi hasad dan penipuan bagi menjadi keselamatan pengguna Android. Pengumuman ini ditentang kerana dilihat sebagai usaha Google untuk menghalang pemasangan aplikasi Android secara muat sisi (sideload).

Kerana teruk dihentam, Google kini mengalah dan akan membenarkan muatan sisi aplikasi diteruskan untuk pengguna yang Android yang lebih berpengalaman serta sanggup menghadapi risiko memasang perisian yang tidak disahkan.
Garis panduan pemasangan aplikasi ini akan menerusi beberapa aliran yang direka untuk memberitahu mereka risiko-risiko yang dihadapi dan memastikan kebenaran tidak diberikan secara sambil lewa sehingga menjadikan mereka mangsa penipuan.
Google masih lagi dalam proses mengambil maklum balsa awal mengenai sistem yang akan diperkenalkan dengan perkongsian akhir akan diberikan dalam masa beberapa bulan lagi. Muatan sisi aplikasi ialah antara ciri yang membuatkan ramai memilih Android berbanding iOS.
DNA Android ialah memberikan pilihan di tangan pengguna. Tanpa muatan sisi, banyak aplikasi baharu tidak boleh digunakan seperti Antutu 3D dan aplikasi yang tidak rasmi juga boleh dicuba sebelum tiba ke Play Store.