Terengganu Akan Perkenal Prosiding Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh Untuk Mahkamah Syariah
November 13, 2025
Lain-lain
Aman
Melalui Belanjawan Negeri Terengganu 2026 yang dibentangkan baru-baru ini, ia kini dilihat Mahkamah Syariah di negeri tersebut akan mula memperkenalkan sokongan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Ini akan membolehkan pihak-pihak yang terlibat untuk mengakses perbicaraan dan tidak terlepas.
Kaedah implementasi penuh untuknya masih tidak dikongsikan lagi.

Selain itu, negeri Terengganu turut akan menggubal enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah atas-talian bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang diambil, sekaligus mengurangkan dan membendung kesalahan berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.