Google Sedang Membangunkan Ciri Seakan Apple NameDrop Untuk Android
Effi Saharudin
NameDrop ialah ciri di iOS 17 yang membolehkan fail dihantar antara dua peranti dengan hanya meletakkannya berhampiran antara satu sama lain. Selain fail, maklumat peribadi seperti nombor telefon serta emel juga boleh dikongsi antara dua peranti iOS menerusi ciri. Kini Google sedang membangunkan ciri yang sama di Android menurut laporan Android Authority.

Sistem baharu dengan nama Gesture Exchange ditemukan dalam kod terkini Play Store. Dalam Gesture Exchange terdapat ciri Contact Exchange yang membolehkan penghantaran maklumat antara dua peranti Android dilakukan antara peranti Android.
Pengguna boleh memilih apakah maklumat yang ingin dikongsi dengan pilihan gambar, nombor telefon dan emel diberikan. Penerima pula boleh memilih maklumat mana yang ingin diterima menerusi Contact Exchange. Ciri masih dalam peringkat pembangunan dan mungkin akan bertukar nama apabila dilancarkan kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.