Peranti Android dan iPhone Kini Boleh Menghantar Fail Menggunakan AirDrop dan QuickShare
Effi Saharudin
Penantian hampir 20 tahun akan akhirnya berakhir kerana Google hari ini mengumumkan penghantaran fail antara peranti Android dan iPhone kini boleh dilakukan menggunakan protokol QuickShare dan AirDrop. Apabila sistem QuickShare digunakan, peranti iPhone dapat dilihat dalam senarai peranti yang boleh menerima penghantaran dan dalam AirDrop pula peranti Android juga dapat dilihat.

Tetapi pada ketika ini ciri baharu ini hanya disokong pada peranti Google Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold sahaja. Sokongan akan dikembangkan kepada pernati Android lain di masa hadapan. Selama ini untuk menyokong penghantaran fail rentas sistem operasi hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi pihak ketika seperti LocalSend.
Penggunaan protokol QuickShare dan AirDrop adalah lebih selamat kerana ia terbina pada peranti Android serta iPhone yang disokong terus pada tahap sistem.