TM Roh Dilantik Menjadi CEO Bersama Samsung Electronics
Effi Saharudin
TM Roh hari ini secara rasmi dilantik sebagai CEO bersama dan Ketua Bahagian Pengalaman Peranti (DX) Samsung Electronics. Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai CEO Perniagaan Peranti Mudah Alih (MX) dan pemangku Ketua DX berikutan kematian CEO bersama Han Jong-hee pada Mac yang lalu.

Dengan ini jawatan CEO Samsung Electronics dipegang oleh TM Roh bersama dengan Young Hyun Jun yang turut merupakan Ketua Penyelesaian Peranti (DS) syarikat. Rombakan turut dilakukan dengan Janghyun Yoon dilantik sebagai Presiden, CTO divisyen DX Division dan ketua Samsung Research. Hongkun Park pula kini mengetahui Samsung Advanced Institute of Technology (SAIT).
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.