Snapdragon 8 Gen 5 Dilancarkan Sebagai Cip Mercu Lebih Mampu Milik
Amy Maizuraa
Qualcomm baru sahaja memperkenalkan Snapdragon 8 Gen 5 iaitu cip mercu terbaharu yang direka untuk penawaran prestasi berkuasa pada harga lebih berpatutan.

Snapdragon 8 Gen 5 hadir dengan CPU Oryon yang menempatkan dua teras utama pada 3.8GHz dan enam teras prestasi pada 3.32GHz. GPU Adreno baharu menawarkan peningkatan 11% dari segi prestasi dan 28% kecekapan tenaga malah permainan intensif seperti Genshin Impact dilaporkan menggunakan 39% kurang kuasa berbanding Gen 3. Selain itu, NPU Hexagon turut menyokong tugasan berasaskan AI namun prestasinya sedikit di bawah versi Elite.

Snapdragon Sound Technology Suite disediakan dengan sokongan Qualcomm aptX Adaptive dan aptX Lossless audio, di samping teknologi Qualcomm Expanded Personal Area Network (XPAN). Cip ini turut dilengkapi Qualcomm Aqstic Speaker Max dengan tahap Total Harmonic Distortion + Noise (THD+N) serendah -108 dB serta Qualcomm Audio and Voice Communication Suite yang menyokong audio spatial bersama fungsi head tracking.

Dari segi paparan, Snapdragon 8 Gen 5 menyokong resolusi sehingga QHD+ 240Hz, manakala memori LPDDR5X dengan kapasiti maksimum 24GB melengkapkan prestasi keseluruhannya. Ia turut dilengkapi Qualcomm Spectra Image Signal Processor dengan triple 20‑bit AI ISP yang menyokong rakaman video HDR. Selain turut menawarkan sokongan kamera sehingga 320MP dengan rakaman video 8K/30FPS.