Misi Artemis 2 Menghantar Angkawasan Mengelilingi Bulan Mungkin Dilancarkan Seawal Februari
Effi Saharudin
Misi Artemis 2 yang menghantar krew empat angkasawan mengelilingi bulan mungkin dilancarkan seawal 6 Februari depan menurut NASA. Sekiranya berjaya, ia menjadikannya kali pertama sejalk mis Apollo 17 pada tahun 1972 manusia kembali mengelilingi bulan. Artemis 2 sudah beberapa kali ditangguh daripada 2023, ke 2024 dan kemudiannya ke tahun 2025 kerana pelbagai isu pada roket Space Launch System (SLS) dan kapsul angkasa lepas Orion.

Krew terdiri daripada angkasawan NASA Reid Wiseman, Victor Glover and Christina Koch serta angkasawan Agensi Angkasa Lepas Kanada Jeremy Hansen. Jika semua berjalan lancar misi akan mengambil masa 10 hari dengan ia menjadikan perjalanan paling jauh daripada bumi pernah dilakukan oleh manusia.
Dalam misi Artemis I yang dilancarkan pada tahun 2022, kapsul Orion yang tidak mengandungi krew manusia pergi ke titik 432,200 km daripada bumi semasa ia turut mengelilingi bulan. Jika misi Artemis 2 berjalan lancar, Artemis 3 akan mengembalikan semula manusia ke permukaan bulan dengan ia juga akan menjadi kali pertama wanita menjejakkan kaki di permukaannya.
Kelewatan SpaceX membangunkan Spaceship menyebabkan Artemis 3 hanya akan dilancarkan selepas 2027. Kecewa dengan kegagalan SpaceX, NASA telah membuka tender untuk sistem pendaratan bulan sekunder daripada konsortium terdiri daripada Blue Origin, Lockheed Martin, Northrop Grumman, dan Draper.
[sumber] Space.com [/sumber]